top of page

Cara Daftar Akaun Billplz

  • Glow
  • Apr 13, 2017
  • 1 min read

Ada 2 jenis akaun yang boleh dibuka dengan Billplz

1. Akaun syarikat

2. Akaun individu

1. Akaun syarikat

Anda harus daftar syarikat di SSM/ROS terlebih dahulu.

Buka akaun bank atas nama syarikat yang didaftar.

Buka akaun Billplz dengan menggunakan syarikat dan bank akaun syarikat yang telah didaftar.

Kelebihan Mendaftar Billplz Menggunakan Akaun Syarikat

  • Terima bayaran melalui online banking

  • Terima bayaran melalui Paypal

  • Mempunyai fungsi Split Payment dan Mass Paymeny

  • Menjadi collaborator

2. Akaun individu

Jika mendaftar sebagai akaun individu, perbezaannya hanya akaun individu tidak mempunyai fungsi online banking payment. Ini kerana pihak FPX yang mewajibkan untuk mempunyai akaun syarikat. Anda masih boleh menerima bayaran melalui PayPal dan mendapat kelebihan lain sama dengan akaun syarikat.

Jika anda mempunyai perniagaan atas talian, adalah lebih baik jika anda mempunyai akaun syarikat. Modal tidak sampai RM80 untuk membuka sebuah syarikat di SSM.

Isi borang di atas dan anda sudah selamat mendaftar dengan Billplz. Mudah saja kan?

Verified Account

Status akaun anda akan berubah dari 'Pending' kepada 'Verified' jika test payment berjaya dalam 3 hari dari tarikh anda mendaftar.

Anda boleh terus menerima bayaran dari pelanggan walaupun akaun masih belum 'verified' tetapi anda hanya akan terima settlement selepas akaun anda diverified.

Itu saja. Sangat mudah langkah untuk membuka akaun Billplz.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2018 by GLOW.MY

bottom of page