SHOPBACK : RAHSIA BUAT DUIT DENGAN ONLINE SHOPPING!
- Glow
- Apr 17, 2018
- 2 min read
Berita baik untuk anda yang kaki online shopping!
Kalau anda memang jenis suka beli barang secara online, ini peluang terbaik untuk anda buat duit. Ini bukan scam atau MLM, tapi ini adalah website yang memberi anda pulangan duit secara tunai bila anda membeli-belah menggunakan website ini.
Pernah dengar website atau mobile app Shopback? Shopback menawarkan cashback kepada anda selepas anda berjaya membeli barangan dari website popular tapi anda harus beli dari website atau mobile app Shopback.

Kalau anda terus google link website tersebut, anda langsung tak dapat pulangan apa-apa. Jadi lebih baik ambil peluang ini dan gunakan Shopback untuk dapatkan penjimatan!
Berapa banyak cashback yang anda akan dapat?
Bergantung kepada website tersebut. Ada website yang menawarkan dari 1-2% sehingga 50% cashback. Tawaran juga bergantung dari masa ke semasa.

Fashion dan Baju Raya.
Bukan satu barang saja yang anda boleh dapatkan cashback anda. Ini masa yang paling sesuai kalau anda nak shopping baju raya di Zalora, dan Lazada.
Pakaian berjenama juga menawarkan cashback seperti Nike, Adidas, Timberland, Gap, Manchester United, Under Armour, Uniqlo, Cotton On dan banyak lagi.
Hotel dan Travel.
Pasti ramai yang suka melancong bukan? Kalau sebelum ini anda tempah hotel dan penerbangan di website popular seperti Booking.com, Agoda, AirAsiaGo, Malaysia Airlines atau MAS tanpa mendapat pulangan tunai, kali ini anda boleh gunakan Shopback untuk lebih jimat!
6% cashback untuk hotel? Kalau harga hotel sebanyak RM300, anda dapat cashback sebanyak RM18. Jadi hotel yang anda tempah hanya berharga RM282 sahaja!
Tiket bas, train dan ferry.
Tapi bukan hotel saja, Easybook pun ada cashback. Kalau anda nak ke KLIA menaiki bas, bolehlah guna Shopback!
Kalau nak beli tiket untuk travel, bercuti atau balik kampung, boleh gunakan Catchthatbus atau BusOnlineTicket.

Makanan dan penghantaran.
Foodpanda juga menawarkan cashback sehingga 9%! Pasti ramai yang selalu menggunakan Foodpanda jika ingin menggunakan khidmat penghantaran makanan ke rumah.
Topup dan mobile reload.
Anda juga boleh shopping barang di 11Street dan dapatkan cashback!
Ada satu cara untuk anda lebih jimat jika anda pakai prepaid. Contohnya anda ingin topup nombor anda sebanyak RM50, anda boleh dapat 10% cashback jika beli topup di 11Street. Dah jimat RM5 di situ! Kalau setiap bulan anda topup, anda dah dapat balik wang tunai sebanyak RM60 setahun!

Selain semua di atas, banyak lagi website lain yang menawarkan cashback ini. Anda boleh terus download mobile app Shopback dan lihat semua website yang ada.
Cara nak gunakan senang saja.
2. Selepas daftar, anda boleh terus membeli-belah di Shopback.
3. Cashback dimasukkan ke dalam akaun Shopback anda.
4. Withdraw wang anda ke dalam bank akaun anda!

Kalau anda nak dapatkan RM5 cash sebaik sahaja mendaftar, anda boleh daftar menggunakan link Shopback ini.
Comments