top of page

Petua wajah cantik dengan bahan semulajadi. Trend terkini merawat wajah anda tanpa bahan kimia.

  • Oct 10, 2016
  • 2 min read

Bahan-bahan semulajadi sebenarnya telah lama digunakan sebagai rawatan untuk kulit dan wajah sejak dari dulu lagi. Ia bukan saja berkesan, malah sangat praktikal, murah dan mudah untuk dilakukan di rumah.

Jika anda seorang yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk melakukan rawatan wajah di facial, anda boleh cuba alternatif ini untuk mengekalkan kecantikan wajah anda.

Kulit anda juga akan berterima kasih kepada anda kerana bahan yang digunakan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Wajah anda akan nampak lebih berseri jika anda cuba petua di bawah.

1. Air

Air adalah penting untuk anda setiasa kekal terhidrasi sepanjang masa. Pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari.

Pakar kesihatan sentiasa mengesyorkan anda minum 2 liter sehingga 3 liter sehari bergantung kepada berat badan anda.

Di sini kami memberi cara mudah untuk mengira keperluan air untuk badan anda.

FORMULA KEPERLUAN AIR UNTUK BADAN ANDA:

1L air untuk setiap 20kg berat badan.

Untuk berat badan 55kg, bahagikan 55kg/20kg. Jadi, anda hanya perlu minum lebih kurang 2.75L air sehari.

Mudah bukan? Pastikan anda minum air yang mencukupi. Kulit anda pasti berterima kasih kepada anda.

2. Jus Lemon

Jus lemon mampu mengurangkan warna parut, menanggalkan sel-sel kulit mati serta melembutkan dan melicinkan kulit wajah anda.

Anda boleh menjadikan jus lemon ini sebagai masker untuk kulit anda.

Caranya :

Campurkan setengah jus lemon bersama telur putih dan gaul sehingga sebati. Sapukan pada wajah anda sehingga kering. Bilas wajah anda.

Masalah muka berminyak, parut jerawat, blackhead dan whitehead dapat dihilangkan dengan cara ini.

Lemon drinks

3. Pisang

Pisang juga mempunyai banyak khasiat yang mungkin anda tidak tahu.

- Mampu menghilangkan jerawat

- Boleh melembabkan kulit secara alami

- Mempunyai agen anti penuaan

- Merawat kulit wajah yang berminyak

- Mengatasi kulit wajah kering dan kusam.

Cara membuat masker pisang dan lemon:

Ambil setengah biji pisang dan setengah jus lemon. Gaulkan sehingga sebati. Sapukan pada wajah anda dan biarkan sehingga 30 minit. Kemudian bilas.

Waktu terbaik untuk memcuba masker pisang adalah selepas mandi untuk mendapat hasil yang maksimum. Ini kerana wajah anda sudah bersih dari segala kotoran dan kulit anda dapat menyerap segala khasiat dari buah tersebut.

4. Madu

Madu merupakan makanan sunnah nabi yang mempunyai banyak khasiat.

Jika anda mempunyai kulit yang kering atau ingin memiliki kelembapan kulit sangat lembut, jadikan madu sebagai masker. Cuma sapukan sahaja madu pada muka, leher atau bahagian kulit lain di badan anda dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih.

Lakukan petua ini 2 atau 3 kali seminggu.

Selain itu, madu juga boleh mengatasi masalah bibir kering. Hanya oleskan sedikit madu pada bibir anda sebelum tidur setiap malam. Hasilnya, bibir anda akan menjadi lebih cerah dan lembut.

Selamat mencuba!


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2018 by GLOW.MY

bottom of page