top of page

PART 2 - Cara Lebih Mudah Untuk Custom Link Whatsapp sendiri, Pelanggan Tak Perlu Save Nombor Telefo

  • Glow
  • May 15, 2017
  • 2 min read

Dalam entri sebelum ini saya telah bagi tutorial cara-cara untuk buat Custom Link whatsapp dari laman web rasmi Whatsapp sendiri.


Zaman sekarang ramai peniaga online yang berniaga di banyak platform dalam internet seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Kalau menggunakan cara lama, peniaga akan tinggalkan nombor telefon untuk pelanggan menghubungi mereka. Ada yang tidak tinggalkan nombor kerana mahu pelanggan PM mereka. Ini adalah salah satu taktik untuk melihat sejauh mana pelanggan benar-benar berminat untuk membeli produk yang peniaga jual.


Kini sudah ada cara paling mudah untuk pelanggan hubungi peniaga tanpa perlu save nombor telefon untuk Whatsapp. Saya sangat suka dengan cara terbaru ini. Ianya sangat mudah dan menyenangkan hidup.


Anda hanya perlu letakkan link Whatsapp sahaja dan link tersebut akan automatik terus ke aplikasi Whatsapp pelanggan tanpa perlu susahkan mereka simpan nombor anda dalam telefon bimbit dan buka aplikasi Whatsapp tersebut untuk menghubungi anda.




TUTORIAL BUAT LINK WHATSAPP


Cara 1 : No Telefon Sahaja

  • Tukar kepada no telefon anda

  • Pastikan ada no 6 kat depan

Cara 2 : No Telefon & Mesej

  • Tukar kepada no telefon anda

  • Masukkan mesej yang sesuai

  • Jika ada jarak, guna + ataupun %20

P/s : Kena Update Whatsapp Terlebih Dahulu

Versi Terbaru

Contoh : http://glow.wasap.my 1. Whatsapp boleh dibuka menggunakan Handphone Atau Laptop/PC. 2. Personalised URL & lebih ringkas.

3. Boleh reka sehingga 5 URL untuk 1 nombor telefon. 4. Boleh lihat berapa banyak klik. 5. Boleh lihat klik dari mana (Facebook, Web, Instagram Dll). 6. Letak FB Pixel ID & Adwords Tag Sendiri. Untuk versi baru, anda hanya perlu daftar di sini, https://manage.wasap.my/

Jika ada masalah, anda boleh join group Wasap.my di Telegram.

Semoga tutorial ini bermanfaat untuk anda yang mempunyai perniagaan online dan memudahkan kedua-dua pihak untuk berhubung. Saya sangat mengesyorkan anda menggunakan custom link Whatsapp ini kerana pelanggan boleh terus tekan link apabila terlihat iklan anda di media sosial. Mudah bukan?

Selamat mencuba!

Commenti


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2018 by GLOW.MY

bottom of page