Cara Daftar Akaun Billplz
- Glow
- Apr 13, 2017
- 1 min read
Tidak tahu bagaimana untuk mendaftar akaun Billplz? Sila rujuk entri ini. Dalam entri terdahulu, Glow telah mengulas tentang kelebihan Payment Gateway Billplz di sini.
Ada 2 jenis akaun yang boleh dibuka dengan Billplz
1. Akaun syarikat
2. Akaun individu
1. Akaun syarikat
Anda harus daftar syarikat di SSM/ROS terlebih dahulu.
Buka akaun bank atas nama syarikat yang didaftar.
Buka akaun Billplz dengan menggunakan syarikat dan bank akaun syarikat yang telah didaftar.
Kelebihan Mendaftar Billplz Menggunakan Akaun Syarikat
Terima bayaran melalui online banking
Terima bayaran melalui Paypal
Mempunyai fungsi Split Payment dan Mass Paymeny
Menjadi collaborator
2. Akaun individu
Jika mendaftar sebagai akaun individu, perbezaannya hanya akaun individu tidak mempunyai fungsi online banking payment. Ini kerana pihak FPX yang mewajibkan untuk mempunyai akaun syarikat. Anda masih boleh menerima bayaran melalui PayPal dan mendapat kelebihan lain sama dengan akaun syarikat.
Jika anda mempunyai perniagaan atas talian, adalah lebih baik jika anda mempunyai akaun syarikat. Modal tidak sampai RM80 untuk membuka sebuah syarikat di SSM.
Klik di sini untuk ke halaman daftar akaun Billplz dan anda akan dibawa ke laman website Billplz seperti gambar di bawah.
Isi borang di atas dan anda sudah selamat mendaftar dengan Billplz. Mudah saja kan?
Verified Account
Status akaun anda akan berubah dari 'Pending' kepada 'Verified' jika test payment berjaya dalam 3 hari dari tarikh anda mendaftar.
Anda boleh terus menerima bayaran dari pelanggan walaupun akaun masih belum 'verified' tetapi anda hanya akan terima settlement selepas akaun anda diverified.
Itu saja. Sangat mudah langkah untuk membuka akaun Billplz.
Comments